PENGUMUMAN

HEBAHAN PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN DATA USAHAWAN MELALUI SISTEM MAKLUMAT USAHAWAN (SMU) PAHANG

PERHATIAN SEMUA USAHAWAN PAHANG!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang kini membuka peluang kepada semua usahawan untuk:

- Mendaftar sebagai usahawan berdaftar Negeri Pahang
- Mengemaskini maklumat perniagaan terkini anda

Pendaftaran ini amat penting bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

KENAPA ANDA PERLU DAFTAR / KEMASKINI?

a) Mendapat akses kepada geran, pembiayaan & bantuan keusahawanan
b) Menyertai latihan, kursus & program pembangunan usahawan
c) Menerima maklumat terkini berkaitan peluang perniagaan & inisiatif kerajaan
d) Memudahkan penyelarasan data usahawan bagi tujuan bantuan dan sokongan yang lebih efektif

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Sama ada anda usahawan baharu, PKS atau usahawan sedia ada—pastikan maklumat anda direkod dan dikemaskini dalam sistem rasmi negeri.

DAFTAR / KEMASKINI SEKARANG!



 

Kenyataan Media


Tiada Kenyataan Media buat masa ini..

Video Panduan Permohonan