PENGUMUMAN

HEBAHAN PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN DATA USAHAWAN MELALUI SISTEM MAKLUMAT USAHAWAN (SMU) PAHANG

PERHATIAN SEMUA USAHAWAN PAHANG!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang kini membuka peluang kepada semua usahawan untuk:

- Mendaftar sebagai usahawan berdaftar Negeri Pahang
- Mengemaskini maklumat perniagaan terkini anda

Pendaftaran ini amat penting bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

KENAPA ANDA PERLU DAFTAR / KEMASKINI?

a) Mendapat akses kepada geran, pembiayaan & bantuan keusahawanan
b) Menyertai latihan, kursus & program pembangunan usahawan
c) Menerima maklumat terkini berkaitan peluang perniagaan & inisiatif kerajaan
d) Memudahkan penyelarasan data usahawan bagi tujuan bantuan dan sokongan yang lebih efektif

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Sama ada anda usahawan baharu, PKS atau usahawan sedia ada—pastikan maklumat anda direkod dan dikemaskini dalam sistem rasmi negeri.

DAFTAR / KEMASKINI SEKARANG!


HEBAHAN PENYERTAAN USAHAWAN PAHANG KE MALAYSIA INTERNATIONAL HALAL SHOWCASE 2026 (MIHAS)
Kerajaan Negeri Pahang mempelawa usahawan Pahang yang berkelayakan untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan di Bawah Kerajaan Negeri Pahang menerusi Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 seperti ketetapan berikut:

MIHAS 2026

Tarikh: 23 – 26 September 2026
Lokasi: MITEC, Kuala Lumpur

Program ini merupakan platform terbaik bagi usahawan tempatan untuk:

- Mempromosikan produk dan perkhidmatan
- Memperluaskan jaringan pemasaran
- Meningkatkan potensi pasaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
- Memperkukuh jenama serta daya saing produk usahawan Pahang

Nota: Semua permohonan adalah tertakluk kepada proses semakan, syarat kelayakan dan pemilihan yang ditetapkan oleh pihak urus sertia

Tarikh tutup penyertaan: 16 Ogos 2026 (Ahad)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
09-512 6707 / 09-516 1426
upu.bpen@pahang.gov.my / halal.bpen@pahang.gov.my



 

Kenyataan Media


Tiada Kenyataan Media buat masa ini..

Video Panduan Permohonan